Kudup Hati Insan

KUDUP HATI INSAN
Puisi Suzana

Tuhan memberi sekeping hati  yang sendiri kepada tiap insan
dihiasi dengan bunga jiwa dan perasaan yang rencam
dan tuhan mendorong kita untuk mencari sekeping lagi
bentuk hati untuk menjadi teman

melengkapkan sekeping hati yang sendiri.
Dan jika bercantum dua hati
maka berputiklahcinta berlandaskan illahi
terpancar sinarsejati
terbebarharum bunga syurgawi
terasa manisnya buah bahagia
andai disulami dengan akadyang menghalalkan
dikait benang keikhlasan
diteguh tiang keimanan
dijaga tentera kesabaran

0 komentar

Post a Comment